Jumaat, 10 Jun 2016

Keropok Lekor

Keropok Lekor

Bagi sesiapa yang berkunjung ke Terengganu sudah pasti anda perlu megetahui satu makanan Terengganu yang popular ini. keropok lekor atau "kepok gote" boleh didapati di terengganu. sekiranya anda datang ke Terengganu maka anda harus merasai makanan ini kerana jika tidak anda berada dalam kerugian. haaahaa

 


Menurut seorang pembuat keropok lekor yang telah bergiat aktif selama 40 tahun lalu mewarisi perniagaan keluarganya, Fatimah Salmah Long, 60, berkata keropok lekor Losong pada asalnya telah mula dihasilkan di sini dan dia bersama keluarganya adalah orang pertama yang memulakan perniagaan tersebut. 
Katanya, keropok lekor lebih dikenali di Losong memandangkan rasanya yang enak serta lebih lembut berbeza daripada tempat lain.Jelasnya, ia juga hanya dijual dengan harga 20 sen untuk satu batang (saiz kecil) dan RM1 sebatang( saiz besar) sejak dahulu sehingga kini. ''Pada peringkat awal hanya beberapa keluarga yang menjalankan perniagaan ini dan ia diwarisi turun-temurun dan rasanya masih tetap sama seperti dulu.''Namun kini telah banyak gerai yang turut menjual keropok lekor dan ia mudah didapati di mana-mana namun saya tidak pasti rasanya masih sama atau tidak," katanya ketika ditemui di gerainya, Adik-beradik Enterprise, Kampung Losong Haji Su. 
Bagi pengusaha keropok lekor Losong sejak 40 tahun lalu, Mariam Ngah Awang, 65, memberitahu gelaran keropok lekor Losong diperoleh bukan sekadar dari nama kampung tempat penghasilan makanan tersebut.Jelasnya, bentuknya yang kecil serta panjang seperti bentuk sosej menyebabkan ia popular satu masa dahulu.' ''Pada waktu dahulu di Losong, pengusaha-pengusaha keropok lekor menghasilkan keropok lekor bersaiz kecik iaitu hanya sepanjang lima hingga enam inci sahaja yang rasanya juga lebih enak daripada keropok lekor di tempat lain yang saiznya lebih besar dan kurang enak. ''Justeru itu, apabila penggemar makanan ini ingin mendapatkan keropok jenis ini, mereka sering memberitahu bahawa hanya di Kampung Losong sahaja boleh diperolehi, jadi begitulah asal nama keropok lekor Losong ini terjadi," ujarnya. 
Begitulah asal-usul nama keropok lekor Losong yang sering menjadi sebut-sebutan itu. Sama ada ia benar-benar enak ataupun sekadar obses dan mentaliti orang kita terhadap sesuatu yang telah popular, hanya penggemar makanan itu sahaja yang boleh menjawabnya. Bagi penulis, singgah ke Kampung Losong Haji Su bagai satu kemestian jika ke Negeri Terengganu. (http://terengganulening.blogspot.my/2009/07/asal-usul-keropok-lekor.html)

Rabu, 8 Jun 2016

KAK ZIE HOMESTAY, sedia untuk menerima tempahan. Mempunyai 2 pintu. Dalam 1 rumah ada 3 bilik tidur (2 bilik aircond), dapur dan ruang tamu. Siap dengan kelengkapan. RM150.00 untuk 1 malam. Untuk keterangan lajut sila hubungi phone no : 0148424334 (mansor muda) 0105789471(kak zie/fauziah)
LOKASI : LOT PT 402P,
WAKAF MEMPELAM.
KUALA TERENGGANU. 
TERENGGANU.
(Bersebelahan padang bola SK. WAKAF MEMPELAM)