Jumaat, 17 Mac 2017

Kucing bernama Oyen

Rumah saya ada kucing yang sangat manja dan pelik. Nama dia oyen, oyen ni warna oren jadi kami namakan dia oyen si betina kucing oyen binti 3 warna ibunya.
kekurangan oyen nie dia tak berapa nampak sebab masa kecik ibu dia xbersihkan mata oyen jadi sekarang oyen rabun.


#oyen #comel #cute

oyen baru dapat anak 4 ekor yang xdiberikan nama, Nanti kami beri...

hari nie oyen buat gelagat comel dia...




#oyen comel #makan sihat 


Okey oyen memang mementingkan pemakanan walaupun xmasak lagi...



Isnin, 12 Disember 2016

Dalaman Kak Zie Homestay


KAK ZIE HOMESTAY, sedia untuk menerima tempahan. Mempunyai 2 pintu. Dalam 1 rumah ada 3 bilik tidur (2 bilik aircond), dapur dan ruang tamu. Siap dengan kelengkapan. RM150.00 untuk 1 malam. Untuk keterangan lajut sila hubungi phone no : 0148424334 (mansor muda) 0105789471(kak zie/fauziah) LOKASI : LOT PT 402P, WAKAF MEMPELAM. KUALA TERENGGANU. TERENGGANU.

Selasa, 6 Disember 2016

Sekayu Waterfall Sejuk dan Cantik

Untuk sesiapa yang ingin mencari keindahan alam semulajadi di Terengganu, saya cadangkan anda mula berfikir untuk melawat Sekayu Waterfall yang terletak di Hulu Terengganu.

 
(http://odonata-malaysia.blogspot.my/2011/09/waterfalls.html)

Di sekayu anda bukan sekadar datang melihat keindahan alam saja, bawak juga baju dan seluar lebih anda kerana anda amat disarankan oleh saya untuk masuk ke dalam air dan bermain-main air serta berendam sambil berehat. Kawasan dan air dia nyaman dan sejuk jadi tak rugi anda berendam lama-lama dalm tue..
haahaaaa...
 
(https://www.flickr.com/photos/123475731@N07/17234747086/)

Anda juga boleh membawa bekal makanan ke dalam Sekayu Waterfall tersebut ataupun anda boleh bawa sendiri bahan dan barang masakan dan anda masak sendiri. Kebiasaannya saya sendiri BBQ ayam dan ikan Kat sana...
Sedap giler2...
Kenapa boleh jadi sedap...
Sebab dah penat berendam dan bermain air, kuar dari air tue terus makan dan kemudian masuk balik..
hahaa
 
*Gambar sekadar hiasan

Bagi mengekalkan kebersihan kawasan tersebut anda diminta tidak meninggalkan sebarang sampah sarap anda di kawasan sekayu waterfall...
 
( https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g1096278-d3932836-Reviews-Sekayu_Waterfall-Kuala_Berang_Hulu_Terengganu_District_Terengganu.html)

Untuk pengetahuan anda, kawasan sekayu ini berbatu-batu jadi anda bolehlah bergerak dengan berhati2 supaya tidak tergelincir...
Tidak ada bahaya dengan kawasan berbatu tersebut sekiranya anda berhati2..
Ini pesan penulis...
 
(https://findyourfeel.wordpress.com/2015/02/16/sekayu-waterfall-terengganu/)

Kawasan mandi manda anda juga perlu diperhatikan kerana kedalaman bagi setiap kawasan adalah berbeza. 

Pesan akhir penulis jangan berbeku dalam air dan jangan berbeku makanan sampai hangus. 
*ambik gambar anda sebagai kenangan anda untuk masa akan datang

Khamis, 13 Oktober 2016

PASAR PAYANG TERENGGANU

Bagi sesiapa yang melawati terengganu, pasti anda nak tahu dimana nak cari makanan tradisional terengganu seperti kuih-muih atau buah-buahan kan...

*gambar dari Travel To Malaysia


Saya akan bagitahu anda satu tempat yang popular di kuala terengganu bagi sesiapa yang ingin mencari makanan tradisional atau juga bagi yang mencari batik atau songket terengganu...
Anda boleh cari semua ini di PASAR PAYANG Kuala Terengganu...
Tempat dia unik dan pelbagai makanan dapat dicari...

*gambar dari Tourism Malaysia

Saya tak janjikan anda dapat jumpa semua yang anda inginkan tetapi saya dapat jamin bahawa Banyak jenis makanan yang dijual di sana...
Anda boleh juga cari serunding, keropok keping atau keropok lekor di sana...

*gambar dari terengganutimes.com


Anda juga boleh jalan-jalan di sekitar kawasan PASAR PAYANG...
Kawasan sekitar dia okeay...
hahaahaaaaaa...

*gambar dari TripAdvisor


Bagi yang akan datang..
Makanan jual tingkat bawah manakala pakaian dan kain2 jual atas yer...

*gambar dari The Star Online


Semoga entry nie dapat bantu anda dalam melawat terengganu dan melihat keunikan terengganu...
huuuhuhuhuhu

Ahad, 9 Oktober 2016

Tempat Menarik Pantai Batu Buruk


Tempat Menarik Pantai Batu Buruk


terdapat banyak tempat yang anda boleh lawat di terengganu, salah satunya yang saya galakkan anda lawati sekiranya anda datang Terengganu adalah di Pantai Batu Buruk...
sememangnya tempat yang anda akan rasa berbeza daripada tempat-tempat menarik lain di Terengganu...




Bagi sesiapa yang ingin melihat tempat yang menarik di Terengganu, saya cadangkan Pantai Batu Buruk....
memang menarik dan nyaman...
apa yang hebatnya kat pantai nie...
heeheee...

*Gambar dari visit-terengganu.net

kat pantai nie anda boleh main layang-layang, ada yang jual kat pantai tapi saya cadangkan buat sendiri kerana lebih seronok...
dapat pengalaman yang menarik lagi tue buat layang-layang sendiri..
hiihii...
tapi saya xnak tanggung klau tue jadi pengalaman buruk anda...
kalau nak beli kat sana pun okey juga tapi mahal sikit la...
haaahaaa...


*Gambar dari www.backpackingmalaysia.com


kat pantai batu buruk juga anda boleh dapat satey ikan atau makanan yang segera kat sana...
apa kata anda tengok sendiri..
angin pun kuat kat pantai tue bagi waktu2 tertentu..
jadi kalau perempuan tue jaga-jaga yer...
haahaaaaa....
malam kawasan pantai tue gelap sikit jadi digalakkan supaya elak dari bermain-main kat pantai tue malam-malam sorang-sorang...
haaahaaa...
bahaya, kalau jatuh macam mana...
xkan ke kotor baju tue nnti kena pasir...

*Gambar dari visit-terengganu.net


kat pantai tue juga ada kete kuda tau..
jadi sesiapa yang tak tauh kuda tue camna...
pergilah tengok...

kalau nak tahu kat mana kat mana pantai tue...
waze jer atau guna map...
senang kan..
heeeheee.....
kalau dah pergi sana jangan lupa ambik gambar tau buat kenangan...
akhir kata...
enjoy jer kat sana...
relax dan bertenang..
keep cool and dengar HOT FM
P.S : saje jer sebut HOT FM... *jgn bgthu diaorg...

Selasa, 23 Ogos 2016

LOKCHING ATAU SATAY IKAN




haiii.. 
bagi sapa2 yang tak tahu apa benda nie, nie la satay ikan... 
sedap nie tau, sekali rasa nak lagi...
haahaaahaaa...
kalau nak cari makanan nie biasanya ade jual kat tepi pantai batu buruk atau kat tepi2 jalan, klau untung jumpa tepi jln sbb biasanya dia jual guna motosikal atau buka khemah biru...
sapa yang datang Kuala Terengganu, mydin gong badak ade jual makanan nie..
tapi disarankan bagi yang datang dari jauh pergi dekat pantai batu buruk, makan sambil tengok pantai...
haaahaaahaa...
resepi xleh bagi sebab xpandai buat sendiri jadi tengok kat blog bawah nie okey...
haaahaaaa
(http://azyyatiliah.blogspot.my/2015/04/lokching-nama-glamour-satay-ikan.html)
kalau anda datang Terengganu pastikan anda cari makanan nie...
tak menyesal kot..
hahaaahaa...



*Gambar hanya diambil dari google

Jumaat, 22 Julai 2016

Nasi Lemak Ikan Tongkol/Aye

Nasi lemak ikan tongkol nie rasanya lain daripada nasi lemak biasa, sedap bagi sesiapa yang nak merasai masakan ini dan menikmati perbezaan dalam ciri masakan orang Terengganu...
digalakkan bagi mereka yang ingin datang ke Terengganu...
heeeeeee
okey, teringat 2 tahun lepas bawak orang dari johor dan perak makan nasi lemak di gong badak...
huuuhhhuuu...
bertambah makan, aku pulak terasa selera nak menambah lagi2 xcukup dgn ikan aye tambah lagi telur, ikan bilis dan ayam...
macam nasi lemak special dah jadinya...
haahaaaa..
nie saya titipkan resepi bagi yang ingin memasak sendiri di rumah...




BAHAN BAHAN UNTUK MEREBUS IKAN
1 ekor ikan aya di potong nipis – di cuci dan di toskan
3 tsp garam halus atau suku genggam garam kasar
3 keping asam jawa
sedikit air – cukup sekadar suku bahagian ikan sahaja
CARA CARA
masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan tutup periuk dengan penutup periuk
guna api kecil dan penutup tu bukak sikit la sbb nak elakkan air yg mendidih tu membuak buak keluar
kemudian rebus sehingga kering air atau sehingga mendidih
tutup api dan biarkan
** ikan aya ni lebih sedap kalau di rebus sehari lebih awal

BAHAN BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS
2 biji bawang merah size besar
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering – di rendam di dalam air panas dahulu
1/4 cawan air asam jawa
gula melaka
minyak untuk menumis
garam rasa

CARA CARA
- pakai blender, mesinkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga lumat
- panaskan minyak di dalam kuali
- masukkan bahan mesin tadi
- tumis sehingga naik bau dan warna cili tadi agak gelap (guna api sederhana ye!) – dan jangan lupa kacau bahan tadi yer!
- bila sambal dah pekat dan gelap warnanya, masukkan air asam jawa
- kacau dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
- then masukkan ikan aya yang dah di rebus tadi. gaul rata dan biar sekejap. tutup api
- boleh di hidang dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun


okey resepi nie diambil dari (http://aziejaya.blogspot.my/2012/01/sambal-ikan-tongkol-lauk-nasi-lemak.html)

kalau rajin sila lah pergi ke blog asal resepi ini.. hahaaa