Jumaat, 22 Julai 2016

Nasi Lemak Ikan Tongkol/Aye

Nasi lemak ikan tongkol nie rasanya lain daripada nasi lemak biasa, sedap bagi sesiapa yang nak merasai masakan ini dan menikmati perbezaan dalam ciri masakan orang Terengganu...
digalakkan bagi mereka yang ingin datang ke Terengganu...
heeeeeee
okey, teringat 2 tahun lepas bawak orang dari johor dan perak makan nasi lemak di gong badak...
huuuhhhuuu...
bertambah makan, aku pulak terasa selera nak menambah lagi2 xcukup dgn ikan aye tambah lagi telur, ikan bilis dan ayam...
macam nasi lemak special dah jadinya...
haahaaaa..
nie saya titipkan resepi bagi yang ingin memasak sendiri di rumah...




BAHAN BAHAN UNTUK MEREBUS IKAN
1 ekor ikan aya di potong nipis – di cuci dan di toskan
3 tsp garam halus atau suku genggam garam kasar
3 keping asam jawa
sedikit air – cukup sekadar suku bahagian ikan sahaja
CARA CARA
masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan tutup periuk dengan penutup periuk
guna api kecil dan penutup tu bukak sikit la sbb nak elakkan air yg mendidih tu membuak buak keluar
kemudian rebus sehingga kering air atau sehingga mendidih
tutup api dan biarkan
** ikan aya ni lebih sedap kalau di rebus sehari lebih awal

BAHAN BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS
2 biji bawang merah size besar
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering – di rendam di dalam air panas dahulu
1/4 cawan air asam jawa
gula melaka
minyak untuk menumis
garam rasa

CARA CARA
- pakai blender, mesinkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga lumat
- panaskan minyak di dalam kuali
- masukkan bahan mesin tadi
- tumis sehingga naik bau dan warna cili tadi agak gelap (guna api sederhana ye!) – dan jangan lupa kacau bahan tadi yer!
- bila sambal dah pekat dan gelap warnanya, masukkan air asam jawa
- kacau dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
- then masukkan ikan aya yang dah di rebus tadi. gaul rata dan biar sekejap. tutup api
- boleh di hidang dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun


okey resepi nie diambil dari (http://aziejaya.blogspot.my/2012/01/sambal-ikan-tongkol-lauk-nasi-lemak.html)

kalau rajin sila lah pergi ke blog asal resepi ini.. hahaaa

Isnin, 11 Julai 2016

Nasi Dagang



Kembali kepada mengenal makanan Terengganu...

salah satu makanan yang terkenal di terengganu adalah nasi dagang dan bagi yang ingin membuat sendiri nasi dagang ini akan saya titipkan resepi yang saya ambil dari sebuah blog tentang nasi dagang.

di Terengganu nasi dagang biasanya selari dengan masakan gulai ikan tetapi baru2 ini saya telah menaiki air asia dan menjumpai nasi dagang dengan kuah ayam... lupaa nak ambil resepi yg disediakan dlm buku flight tue tapi try jelah buat sendiri dulu yer... hahaaa

BAHAN-BAHAN
– 100 gram beras nasi dagang
– 5 ulas bawang merah, hiris
– 3 ulas bawang putih, hiris
– 1 inci halia, hiris
– 1/2 sudu besar halba
– 100 ml santan pekat
Bahan-bahan Gulai Ikan Tongkol
– 2 keping ikan tongkol
– 1 sudu besar rempah ikan
– 3 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 inci lengkuas
– 1 sudu besar cili boh
– 2 sudu besar air asam jawa
– 2 sudu besar minyak
– 1 cawan santan
– 5 biji cili padi
– Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA
1. Rendam beras semalaman, bersihkan dan toskan.
2. Kukus sehingga masak. Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam santan.
3. Seterusnya gaulkan pada nasi dengan sedikit garam dan halba dan seterusnya kukus nasi sekali lagi sehingga masak.
Cara-cara Membuat Gulai Ikan
1. Ikan tongkol direbus bersama asam keping dan garam. Rebus sehingga kering airnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis halba, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili boh. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan santan serta air asam jawa.
4. Kacau sehingga mendidih, kemudian baru masukkan ikan tongkol, garam serta gula secukupnya.
5. Kecilkan api dan biarkan hingga masak.

okey resepi nie diambil dari ( http://www.eresipi.com/nasi-dagang-gulai-ikan-tongkol/ )

kalau rajin sila lah pergi ke blog asal resepi ini.. hahaaa